Pages

Monday, September 26, 2011

Petua elak muntah / morning sickness

Ini sambungan dari kisah  morning sickness1
kan min ada tanya, kalau muntah nak buat macam mana kan?

setiap orang akan mengalami pengalaman mengandung yang pelbagai, ada yang banyak ragam  (macam min) dan ada yang tak rasa apa2 tau-tau dah cukup bulan tengah tunggu masa jer nak bersalin.  Itulah bahagian masing2 yang Allah kurniakan.  Masa mengandungkan syirah dulu... alahan min teruk betul, macam2 dapat, mak bidan siap cakap, sabar.... kalau kau redha, Insya Allah budak yang keluar ni tak banyak ragamnya & cantik budaknya.  sampai sekarang memang min takkan lupa komen mak bidan ni.  (it is true enough... Speechless. Allahuakbar Alhamdulillah).

Mengandung kali ni
muntahnya takdelah berpanjangan macam yang lepas. memang min tahan, bila nak start muntah jer cuba fikirkan benda lain. tapi penatlah melayan blues.  kat sini min nak share a few benda yang min experiment sendiri untuk kurangkan simptom morning sickness.

1.  Ubat tahan muntah metoclopramide HC 10 mg
Min cuba dah makan ubat ni, kena ambil sebelum makan.  melalui pengalaman, berkesan juga lah. TAPI... punyalah mengantuk lepas makan ubat ni.   memang tak buleh nak buat kerja langsung. Dan min pun tak berapa suka, sebab dia ada drug yang kita tak tahu apa effect dia pada bayi kelak




2.  Sea Band / Travell band
Actually kaedah ni min tahu masa pregnant kan syirah dulu.  kebetulan ada member office memang standby benda ni bila dia nak kena pergi travell mana2.  Jadi dia pinjamkan kat min dulu.  sebenarnya min ada niat nak pulangkan benda ni.  tup tup tup ngandung pulak... urmmm pinjam balik lah. Benda ni dia beli kat singapore, harga dia.. tak ingat pulak.  min ada beli yang local brand punya. tapi kualiti dia tak sama. yang ni memang best.

yang ni takde pengaruh dadah, dia hanya mengunakan kaedah press functure. yang mana ada button putih yang akan tekan kita punya Nei Kuan point, kalu nak tahu  cerita lanjut click sini






Tapi kalu korang berminat nak tau exactly product sea band kat sini k.
setakat ni memang puas hati.  dan jauh dari pengaruh dadah.


3.  Kadang2 min rasa macam nak cuba cara tradisional, adalah kakak cleaner kat office share benda ni dengan min, diorang kata ni cara orang indonesia.  Dia suruh min makan jamu Anton- Anton, jamu ni ada untuk 2 peringkat, kalu awal kehamilan kena ambil Anton Anton muda (1bulan hingga 6 bulan) akhir kehamilan dipanggil Anton anton tua (start 7 bulan).

mulanya macam takut nak cuba. tapi min google gak kat internet. nampak gaya product ni memang dah lama di pasaran. jadi min pun yakin ajelah.

ni cara min makan. campurkan 1 sudu kecil teh serbuk jamu ni dengan madu diadalam gelas kecil & terus minum.  kalu tak campur madu... urmmm alamat tak terminum ler.   kat subang dia jual 10 packet kecil RM5.   efektif juga. kurang rasa mual. antara khasiat lain
  • memperbaiki pencernaan, menghilangkan rasa mual, menenangkan fikiran. 


4. Traditional way
ni cara tradisional yang member2 office share dengan min, caranya rebuskan halba dengan halia dalam segelas dan minum airnya.  yang ni min belum cuba lagi.  sebab setakat ni min puas hati dengan 3 senarai diatas

so buat ibu -ibu yang mengalami masalah yang sama, bolehlah mencuba cara2 diatas yang mana dirasakan berkesan

7 comments:

  1. kat malaysia nie kat mn ada jual Sea Band / Travell band?
    ermmm
    nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ye fatin, saya baru berkesempatan membuka blog,

      sebenarnya saya dah pernah email kepada pihak sea band, tentang bagaimana nak beli sea band if kita kat malaysia, tapi malangnya tiada balasan dari pihak sana.

      apa yang saya tau the nearest selling point sea band ada kat singapore. cuba goggle... kot2 depa boleh courier kat awak.

      anyway dah berapa minggu preg, tahniah, banyak2 bersabar ye

      terima kasih kerana sudi baca blog saya

      Delete
  2. akak.. beli sea band katne?

    pastu... halba tu ape? hehe..
    mekasey...

    ReplyDelete
  3. nak tanya... kat Singapore nak beli kat mana?

    ReplyDelete
  4. Maaf saya dah kehilangan kotak packaging nya. Cuba famlab google berkenaan travel band ni di internet. Moga dapat membantu. Btw dah berapa bulan mengandung sekarang . Masih alah lagi?

    ReplyDelete
  5. Sya tgh alah yg teruk msuk mgu ke8, skrg da 12 minggu lbh. Sy amik yg metoclopramide /mexomide ni. Bru hrni ambik sbb xtahan sgt muntah. Hopefully xd problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Small dosage selalunya tak jadi masalah. Cuma, penerimaan kita la. Mcm saya, nak makan apa2 pun tak boleh, inikan nak telan ubat. Lagi satu metoclo tu buat saya mengantuk. Confirm tintong jer kepala. Tu yang sy prefer cara alternative

      Delete