Pages

Tuesday, September 27, 2011

First Visit

                                                           Upload frm facebook


Agak berdebar2 nak pergi visit kat Hospital Sungai buluh hari ni. Punyalah payah nak cari parking, penuh giler, 2 kali memusing.  dahlah keluar lambat, appointment jam 0900, ni pun dah pukul sembilan. Finally dapat juga.

Kat registration punyalah ramai orang, tapi nasib baik counter register penuh, dalam setengah jam menunggu, pastu dah buleh ke klinik Gynae. kat Klinik Gynae pun sekejap, huwaaa, nasib hari ni memang baik ler. so nampak gaya memang hari ni ambik time off ajelah, sebab petang ni pun memang nak pergi MDO open house.

Macam biasalah, bila dah register kat klinik gynae, mula2 kita kena pergi kencing dulu, pastu diorang akn panggil untuk ambil bp dan berat badan, Alhamdulillah kali ni bp normal. tak mcam selalu asyik rendah jer. berat badan 53.5kg, naik 0.5 jer dari sebulan lepas. hurmm... memang tak lalu nak makan ler.

Dan tibalah waktu yang dinantikan, nombor giliran aku dipanggi ke bilik nombor 4, fuh jumpa doktor Ida mariana. aku banyak sejarah dengan doktor ni, dia yg mula2 detact Molar pregnancy aku masa 2007. pastu partial mole 2008,  masa nak discharge insyirah dari bilik bersalin pun dia yang tandatangan.   Seperti yang dijangka... dia memang ingat kat aku juga ... kuang kuang kuang.

"Ha apa citer ni puan, baru bersalin tahun lepas, tahun ni dah tersangkut lagi? tak pakai family planning ke? hurmm soalan cepu emas, yang memang aku jangkakan. " tersalah kiralah doktor, lagi pun saya breastfeed, tak sangka pulak secepat ni boleh sangkut".  tak pelah nak buat macam mana... komen doktor, dah tersangkut, tapi awak kena ambil semula pil2 yang pernah awak ambil masa pregnant dulu. untuk memastikan kesihatan baby. 

Doktor prescribe kat aku ubat duphaston untuk berhentikan pendarahan, kali ni kena ambil 3 kali satu hari, ubat cardiprin untuk cairkan darah, supaya darah lancar dah supply more to baby. dan jangan lupa acid folic. ( fuh nak makan pun tak lalu... inikan nak telan ubat) huwa hhahahaha.... sabarlah hati. demi kebaikan

time scan baby, semuanya ok. semuanya sihat, nampak jantung baby berdegup, Alhamdulillah. perliharalah kandunganku ini Ya Allah Amin. Aku kuar awal... cuma beratur yang amat panjang kat pharmacy... aduyai... udahnya 1 jam juga tersangkut kat pharmacy...

Monday, September 26, 2011

Petua elak muntah / morning sickness

Ini sambungan dari kisah  morning sickness1
kan min ada tanya, kalau muntah nak buat macam mana kan?

setiap orang akan mengalami pengalaman mengandung yang pelbagai, ada yang banyak ragam  (macam min) dan ada yang tak rasa apa2 tau-tau dah cukup bulan tengah tunggu masa jer nak bersalin.  Itulah bahagian masing2 yang Allah kurniakan.  Masa mengandungkan syirah dulu... alahan min teruk betul, macam2 dapat, mak bidan siap cakap, sabar.... kalau kau redha, Insya Allah budak yang keluar ni tak banyak ragamnya & cantik budaknya.  sampai sekarang memang min takkan lupa komen mak bidan ni.  (it is true enough... Speechless. Allahuakbar Alhamdulillah).

Mengandung kali ni
muntahnya takdelah berpanjangan macam yang lepas. memang min tahan, bila nak start muntah jer cuba fikirkan benda lain. tapi penatlah melayan blues.  kat sini min nak share a few benda yang min experiment sendiri untuk kurangkan simptom morning sickness.

1.  Ubat tahan muntah metoclopramide HC 10 mg
Min cuba dah makan ubat ni, kena ambil sebelum makan.  melalui pengalaman, berkesan juga lah. TAPI... punyalah mengantuk lepas makan ubat ni.   memang tak buleh nak buat kerja langsung. Dan min pun tak berapa suka, sebab dia ada drug yang kita tak tahu apa effect dia pada bayi kelak




2.  Sea Band / Travell band
Actually kaedah ni min tahu masa pregnant kan syirah dulu.  kebetulan ada member office memang standby benda ni bila dia nak kena pergi travell mana2.  Jadi dia pinjamkan kat min dulu.  sebenarnya min ada niat nak pulangkan benda ni.  tup tup tup ngandung pulak... urmmm pinjam balik lah. Benda ni dia beli kat singapore, harga dia.. tak ingat pulak.  min ada beli yang local brand punya. tapi kualiti dia tak sama. yang ni memang best.

yang ni takde pengaruh dadah, dia hanya mengunakan kaedah press functure. yang mana ada button putih yang akan tekan kita punya Nei Kuan point, kalu nak tahu  cerita lanjut click sini






Tapi kalu korang berminat nak tau exactly product sea band kat sini k.
setakat ni memang puas hati.  dan jauh dari pengaruh dadah.


3.  Kadang2 min rasa macam nak cuba cara tradisional, adalah kakak cleaner kat office share benda ni dengan min, diorang kata ni cara orang indonesia.  Dia suruh min makan jamu Anton- Anton, jamu ni ada untuk 2 peringkat, kalu awal kehamilan kena ambil Anton Anton muda (1bulan hingga 6 bulan) akhir kehamilan dipanggil Anton anton tua (start 7 bulan).

mulanya macam takut nak cuba. tapi min google gak kat internet. nampak gaya product ni memang dah lama di pasaran. jadi min pun yakin ajelah.

ni cara min makan. campurkan 1 sudu kecil teh serbuk jamu ni dengan madu diadalam gelas kecil & terus minum.  kalu tak campur madu... urmmm alamat tak terminum ler.   kat subang dia jual 10 packet kecil RM5.   efektif juga. kurang rasa mual. antara khasiat lain
  • memperbaiki pencernaan, menghilangkan rasa mual, menenangkan fikiran. 


4. Traditional way
ni cara tradisional yang member2 office share dengan min, caranya rebuskan halba dengan halia dalam segelas dan minum airnya.  yang ni min belum cuba lagi.  sebab setakat ni min puas hati dengan 3 senarai diatas

so buat ibu -ibu yang mengalami masalah yang sama, bolehlah mencuba cara2 diatas yang mana dirasakan berkesan

Thursday, September 15, 2011

Morning sickness 1

sepanjang awal pregnancy kali ni sumer berjalan lancar. makan segala apa yang teringin. minum jer segala yang berkenan. semuanya ikut kehendak badan. takde pantang2, takde takut2. kalu dulu takut nak makan buah, takut yang bukan2. especially buah durian. tapi kali ni bedal buah durian  tak ingat. confident

tup tup tup....
11 september .... dia mai muntah muntah pulak. aduyai
bukan sekali, banyak kali. bukan min saja, syikin dan nina pun muntah2 juga, tapi diorang lain kes ler.... diorang muntah sebb food poisoning. it will resolved after the churning out phases over, but my case... am not to sure. however based on previous pregnancy... masa nina min vomit until 5 month, insyirah pun sama, masuk 5 month  baru berhenti muntah. Adushhh

berdoa2 jer, Janganlah alah teruk sangat kali ni. please jangan muntah masa time kerja.  kesian kat ummi and syirah.  mana nak pump susu, mana nak susukan syirah lagi... mana nak layan muntah lagi... please baby pleaseeeeee

adalah hubby ambilkan ubat tahan muntah kat klinik. mak aiii... ngantuknya lepas makan ubat. sampai tertidur kat meja. tak buleh jadi ni. 

kalu muntah berterusan nak buat macam mana ha?

Friday, September 2, 2011

Hadiah Di Hari Raya

Sungguh tak kuduga...
itu sahaja yang mampu aku ucapkan.  target bulan ramadhan puasa kali ni adalah nak menguruskan badan. disamping mengerjakan ibadah puasa. Alhamdulillah hasrat itu tercapai.  dari berat badan 56 kg sedikit demi sedikit ... minggu demi minggu berat badan berkurang menjadi 53kg, yeayyy rasa nak melompat. tapi still tak dapat cecah sasaran awal 50kg.  agak susah sket nak turunkan kepada 50kg. sebab mesti makan. kalu tak makan susu macam kurang jer.

lately ni bila perah susu dapat sket sangat dalam 100ml jer... hasrat hati nak kumpul stok lepas bulan ramadhan ni. so far syirah masih minum susu bulan may yang lepas. jadi setakat ni stok susu masih boleh bertahan sehingga 15 bulan.  alamak.... masih terlalu jauh. milestone min nak susukan syirah sehingga usianya 24 bulan. Ya Allah permudahkan aku.

Tup tup ramadhan dah habis... baru aku sedar... aku pun dah sebulan tak datang period....normalkah aku??
malas nak fikir lebih2. mungkin sebab min menyusukan syirah. tapi....

ada suatu perasaan kurang enak ... asyik ngantuk nak tidur jer..macam  ahem ahem... tapi tak mungkin

Raya kedua masa kat rumah ayahandak... gesaan hati makn kuat. min suruh abang beli UPT, cuba sendiri dulu... dan keputusanya.......... Alamak!! 2 line lah, macam mana nih huhuhu... 1001 perkara bermain difikiran. tapi sebolehnya, cerita ni biarlah antara kami dahulu... hai Syirah... kejapnya dah jadi kakak.

Hari jumaat min decide pergi klinik umra untuk medical check up, doc scan, usia kandungan dah cecah 6 minggu, yang takjubnya... jantung baby dah ada. Ya Allah  terima kasih atas hadiah yang KAU berikan kepada kami.  ALHAMDULILLAH