Pages

Wednesday, April 20, 2011

Selamat datang ahli baru

Hurm entry kali ni min nak cerita pasal ahli baru dalam keluarga kami, bukanya orang tapi sebuah kereta, kereta saga BLM,  yang uniknya ... ia adalah sebuah teksi, HWD 6918 atas nama MD Shahrulnizam Bin Selamat. yeee akhirnya hasrat kami termakbul juga.


Asalnya kami memang bercadang untuk beli sebuah lagi kereta, memandangkan ahli keluarga pun dah bertambah. need more space especially for the car boot.  Berkira2 nak beli waja jer, tapi en hubby cakap mahal kalu beli local price, tetiba datang cadangan why not kita beli teksi.... sambil2 tu abang buleh tambahkan pendapatan kita.


mulanya agak ragu2 juga... iyelah "TEKSI"... segan gak nak naik p kehulu kehilir... tapi bila kenangkan hadis nabi... perniagaan adalah jalan terbaik untuk memperolehi kekayaan. so aku pun agree. teksi ni consider investment kami berdua. perniagaan pengangkutan yang kami jalankan. so sambil menyelam sambil minum air.


Tapi bukan senang juga nak dapatkan permit teksi sendiri. banyak procedure yang perlu dilakukan... kat luar sana masih ramai otai2 yang cuba untuk dapatkan lesen teksi, tapi masih tak berjaya. kiranya ini rezeki kami.  4 bulan aku mengandungkan insyirah ... laki aku try apply lesen teksi... syirah dah lahir dalam 4 bulan kami dapat tahu permohonan teksi kami berjaya, & pada usia insyirah 8 bulan kami invest duit untuk beli kereta ni.

Terima kasi Allah, atas nikmat yang ENGKAU berikan kepada kami. Alhamdulillah

Monday, April 18, 2011

Syirah demam lagi

dah 2 bulan syirah tak demam.... cuma selsema jer berulang2. itupun sebab kakak nina selsema dahtu sperad gem kat adik.

but demam kali ni agak teruk juga, start daripada pagi isnin 18 Apr 2011, jam 0300 pagi, syirah terjaga dari tidur dengan suhu badan dan kepala agak panas. cepat2 ummi letakkan cool fever kat kepala syirah. sambil pujuk2 syirah supaya tidur semula.

Selasa 19 Apr 2011,

Demam syirah masih belum sepenuhnya pulih, on and off . ummi pergi kerja macam biasa. ummi terpaksa pergi kerja juga, memikirkan tak boleh nak selalu ambil cuti, nanti tak dan nak apply cuti raya.
ummi terfikir2 juga, kenapa syirah buleh dapat demam kan... opah kata mungkin sebab syirah penat sangat, sebab hari sabtu tu pergi berjalan ke rumah tuk long kat felda lakum pahang, balik tu singgah kat tropicana colmar. walaupun suhu takdelah berapa sejuk, tapi lama juga duk kat atas bukit tu. sampai waktu maghrib. badan syirah tak tahan kot



gambar2 syirah demam ... ateh tolong dukungkan syirah


Rabu 20 Apr 2011,

Demam syirah semakin teruk. ummi terpaksa juga ambil cuti, this morning wan check syirah punya temperature dah sampai 38.5 huwaaa... tingginya. takut pulak ummi, kul 8 pagi ummi hantar mesej kat kak radhiah, terpaksa apply emergency leave. dalam masa yang sama ummi tetap teruskan niat berpuasa.
kul 11 pagi, ummi bawa syirah pergi klinik doc sharifah n azlina. doc kata syirah punya suhu dah berkurangan kepada 37.5, takde tanda2 batuk atau bengkak gusi / tanda nak tumbuh gigi. tapi anak tekak sebelah kiri dah mula kemerahan. it is better to start antibiotik supaya demam tak bertambah panjang. kali ni syirah dapa ubat ibuprofen (2.5 ml /every 6 hours) antibiotik ospexin 125mg, (3ml/ every 8 hours). berat badan syirah only 8.5kg....   ubat antibiotic kena habiskan sampai hari isnin (7 days). doc pesan supata monitor keadaaan syirah , takut2 syirah alah pada ubat baru yang doc bagi, n takut ada menunjukan tanda2 chicken pox, sebab kebetulan kakak dah kena chicken pox 2 minggu lepas. aalahai sianya anak ummi

Khamis 21 Apr 2011

ubat baru yang doc bagi memberikan kesan positif pada syirah, slowly panas badan syirah dah semakin berkurangan. semakin kurang makan... mungkin kesan ubat belum sepenuhnya

Jumaat 22 Apr 2011

keadaan syirah masih seperti semalam. demam on and off, malam2 kembung perut. sebab kurang makan n kurang susu pastu asyik kena makan ubat. cepatlah sembuh sayang ahad ni ada hari sport day kakak n kita pun nak p ke DARC untuk sarakids opening.  cepat baik ye

Wednesday, April 6, 2011

puasa for month of april

baru semalam habis period. so hari ni decide nak pose. di sebabkan lately ni susu macam kurang jer (mungkin disebabkan period) so min decide kunci jam kul 0430 untuk bangun nak buat power pumping sambil bersahur.

kali ni power pumping teknik yang min follow dalam blog ibu addin nasa, iaitu dalam 1 jam kita buat 10min pump & 10 min berhenti, pastu sambung semula pump,

hari pertama experience ni min dapati susu min hanya keluar masa 1st time pump jer mcm yang berikut

07 apr 2011
  • 0440-0450 : dapat dalam 3oz macam dalam gambar
  • 0450-0500: berhenti sambil sahur
  • 0500-0510: pump semula ... tapi taku kuar apa2 pun
  • 0510-0520: berhenti makan n layan KIM
  • 0520-0530: pump ..but still tak kuar apa2 pun
  • 0530-0540: minum air... sempat makan shaklee VItelea + Vit B + alfalafa 1 biji
  • 0540-0550: pump lagi... kali ni adik dah start nangis... dahaga lah tu. so sebelah ummi pump.. sebelah lagi adik minum...sian adik struggle nak hisap susu... lama nyonyot baru susu keluar. by that time...sedar ummi terdengar azan... hurmmm secawan jer minum hari ni... jadilah.
esok kita sambung power pumping lagi