Pages

Wednesday, January 19, 2011

15 Jan 2011: Breastfeeding Class and Umi Baby Boutique


Jumaat lepas 14 jan kita orang pergi berjalan2 di sekitar kawasan rumah, kebetulan takde benda nak buat. dalam perjalanan ternampak signboard umi and baby. aku cakap kat suami "ehh sejak bila pulak ada  butik barangan bayi kat sini... eh dia ada jual barang2 bf lah bang... jum kita singgah" suami aku pun tak banyak soal... ubah laluan menuju ke butik tersebut.

masa kitaorang masuk butik, suasana macam kelam kabut jer. pastu barulah muncul puan sharifah pemilik butik, rupanya butik ni belum official launching lagi. esok (sabtu 15 jan baru buka) dia invite kami berdua ke majlis pelancaran dan ceramah berkenaan penyusuan. antara penceramahnya ialah Puan farah farhan dari sarakids.com  waa seronoknya. teringin nak jumpa puan farah. selalu tengok blog dia jer

gambar yang sempat dirakamkan ketika pembukaan butik aboutumiandbaby





  
pada asalnya susah juga nak pujuk laki aku ni ke majlis2 macam ni. dia kata dia buleh hantarkan. tapi taknak stay. sebab nanti mesti banyak kaum ibu yang attend sambil nak menyusukan anak.. kaum bapa mana ada. aku pujuk juga.. kataku " marilah pergi temankan min.. esok abang free nak pergi mana2 min tak kacau, kebetulan memang suami aku ada planing nak pergi memancingdengan kawan2 dia.  abang nak attend pertandingan memancing kat serdang kan.. ha kita give and take.. you win i win" so finaly dia setuju

supprisingly masa attend ceramah tu... ramai juga kaum  bapa yang hadir. sayang nya aku tak ambik gambar.. sebab sibuk melayan imannina n insyirah. kebanyakkanya datang sebab wife suruh, ada juga pasangan yang baru kawen and expeting mother datang. aku kagum dengan diorang. awal2 lagi dah ada kesedaran n highly support daripada pasangan masing2

puan farah memulakan ceramah dengan berkenalan dengan kaum ibu dan hasrat mereka setelah tamat sesi ceramah. rata2 menyuarakan hasrat untuk lebih memahami konsep penyusuan susu ibu dan berazam untuk meneruskan bf anak2 mereka selama 2 tahun.  tak silap aku masa kursus ni aku jumpa sorang mama ni nama dia asmah, sedang mengandung n masih menyusukan anak dan stok susu dia cukup untuk menyusukan anak dia untuk cecah 2 tahun... fuhh dia siap ada deep freezer stock. cayalah..

selama ni aku duk fikir... aku ni milk supply low... tapi berangan nak susukan anak selama 2 tahun... susu dalam freezer hanya cukup untuk 1 bulan setengah jer. tapi bila attend course ni... aku dapati...ada juga kaum mama yang susunya just nice untuk 1 week stock. but diorang tak panik... diorang tetap berazam untuk menyusukan bb. kagum betul dengan keazaman mereka yang tinggi

banyak benda yang dipelajari. daripada penceramah2nya... kisah doc syed. puan farhan and hubby cukup membuka mata aku tentang pentingnya penyusuan bb. salute kan pn farah... bila tengok amount susu yang dia ada... dalam hati berkata2 juga... buleh ke aku buat stock macam ni. n salute kat suami dia En saiful azwan yang sangat supportive kat isteri dia dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Semoga Allah permudahkan aku dan murahkan rezeki anakku insyirah, agar matlamat untuk menyusukanya selama 2 tahun tercapai

4 comments:

  1. eh2..i ler tu stok seminggu sekali jerrr..dulu panik skrg rileks skett..baru susu kuar byk kan ;-)

    ReplyDelete
  2. hehehe, betul tu kak aqish, dulu pun saya macam akak juga, selalu tension bila pump hanya mampu dapat 2oz jer, now sentiasa ingatkan diri untuk rileks

    mudah mudahan hasrat kita untuk menyusukan bb kita selama 2 tahun dipermudahkan amin

    ReplyDelete
  3. waaa...terharu baca...semoga ilmu yg dapat dapat di kongsikan dan memanfaatkan semua org..hugs hugs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Citer Dah lama baru nak share... saya malu sebenarnya, time ni baru berjinak2 dengan blog.

      Delete