Pages

Thursday, November 18, 2010

Puteri Sulung: Nursharmin Imannina


Aku dan pasangan ku mendirikan rumah tangga pada sep 2003.Tiga bulan selepas itu aku telah pun disah kan hamil.Namun kegembiraan kami tidak kekal lama, kerana seawal usia kandunganku 5 minggu, aku mengalami pendarahan semasa kehamilan.Doktor menyarankan agar aku tidak melakukan kerja-kerja berat, dan banyak berehat serta menasihati aku agar berjumpanya kembali setelah tempoh dua minggu.Aku melalui tempoh dua minggu sebagaimana yang dinasihatkan doctor, rehat secukupnya dan mengambil pil acid folic untuk memberikan kesihatan yang baik pada kandungan ku.Tika itu aku melanggani apa sahaja majalah berkaitan dengan kehamilan, dan salah satu diantaranya ialah majalah PaMa.Banyak ilmu pengetahuan berguna mengenai kehamilan aku pelajari daripada artikel yang dipaparkan.Maklumlah kandungan sulung, semua benda yang berlaku begitu mengujakan.
Aku kembali bertemu dengan doctor gyne selang dua minggu kemudian, untuk menjalani pemeriksaan lanjut , keputusan yang kami terima amatlah menduka citakan, kerana doctor mengesahkan bahawa kandungan ku tidak mempunyai apa-apa perkembangan,atas nasihat doctor , beliau mensarankan aku mengugurkan kandungan tersebut kerana sememangnya dia tidak membesar.Aku amat sedih sekali atas peristiwa tersebut sementelah itu adalah cucu pertama bagi pihak keluarga di sebelahku.Walau bagaimana pun keluarga kedua dua pihak menasihat kan kami agar bersabar kerana itu semua ujian daripada Allah.Mungkin bukan rezeki kami untuk menimang cahaya mata seawal itu.Rakan-rakan juga menasihatkan agar kami menikmati tempoh berbulan madu tanpamemikirkan tentang zuriat.
Aku pada mulanya tidaklah merasa teramat sedih, kerana aku sendiri yakin setiap satu yang berlaku pasti ada hikmahnya, walaupun tidak mengandung aku tetap melanggani majalah PaMa.Kadanga kala aku terasa iri sangat melihat gambar anak-anak kecil yang dihantar oleh ibu bapa melalui ruangan “Aksi Si Comel” , alangkah beruntungnya mereka.Hati ini cukup terhibur apabila membaca pengalaman menghadapi saat saat bersalin yang dikongsi oleh pembaca yang lain.Tedetik juga di hati ini bilakah agaknya aku sendiri dapat melalui pengalaman yang amat berharga itu.Jauh di sudut hati aku bertekad seandainya aku diberikan peluang untuk mengandung dan melalui saat bersalin, aku juga akan berkongsi pengalaman indah itu bersama pembaca Pa&Ma yang lain.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan masa berlalu dengan pantasnya namun aku masih jua belum disahkan hamil.Bermacam-macam yang telah aku ikhtiarkan, makan jamu lah, ubat cina lah, berurut lah,tak ketinggalan aku jua mengambil ubat kesuburan, “clomid” bagi membolehkan aku mengandung. Namun semuanya tidak berhasil.Orang keliling sudah mula bertanya “apa dah jadi? Tak lekat-lekat lagi ke?”“si anu yang kahwinya setahun selepas kau pun dah mengandung tiga bulan, engkau bila lagi” macam-macam lah yang aku dengar, panas juga telinga ni, tapi sabar ajelah, bukanlah kami merancang, tapi nak buat macam mana dah memang tiada rezeki.Aku sebenarnya hampir putus asa, aku dan suami memang berkira-kira nak mengambil anak angkat seandainya kami masih jua belum dikurniakan zuriat.Aku pula hampir bosan pada saat-saat datang bulan.Rasa putus asa bila haid ku lewat 10 hari dan bila aku menguji dengan alat ujian kehamilan ternyata negative.Aku mula bertindak untuk mencari kerja ditempat baru, aku memikirkan untuk berkerja shif, (sebelum ini aku bekerja ofis hour).Tak cukup dengan itu aku mula menyibukkan diri dengan selalu berjogging, maklumlah berat badan semakin bertambah dengan macam-macam pil makanan tambahan yang aku ambil, semuanya menaikan selera makanku.
Namun sesuatu yang amat menghairankan aku, walaupun aku kerap berjogging, berat badanku tetap bertambah. Aku pelik sangat, pernah sekali ketika bershopping di pasaraya, seorang jurujual mengsyorkan aku banyak minum air soya untuk kerana ia bagus pada wanita hamil.  Malu dan pilu sangat, gemuk sangat kah aku ni sehingga jurujual menyangka aku sedang hamil, alangkah bagusnya jika benar benar disahkan hamil.
Aku bersyukur kerana keputusan interview di sebuah syarikat penerbangan , telah Berjaya.Aku diminta untuk pergi melakukan pemeriksaan kesihatan , dan pada waktu itu aku masih di datangi haid.Dengan bertukar tempat kerja, aku bolehlah menyibukkan diri dengan tugas baru, lantaran aku perlu bekerja shif, sesuatu yang tidak pernah aku lakukan.
Aku diminta melaporkan diri sebulan selepas tarikh pemriksaan kesihatan.Yang pasti , waktu itu, haid ku telah lewat seminggu,aku semacam malas nak melakukan pemeriksaan ujian kehamilan, tapi aku lakukan juga memandangkan aku sememangnya sentiasa membeli alat ujian kehamilan setiap bulan.Alangkah terperanjatnya aku, keputusan pada papan alat ujian kehamilan adalah positif.Tapi suamiku tidak mempercayainya.Esoknya sebelum ketempat kerja aku mengulangi ujian air kencing pada alat ujian kehamilan, dan ternyata ia memang positif,aku pergi ketempat kerja dengan rasa yang amat gembira dan takut, bagaimana aku hendak memaklumkan kepada majikan ku, sedangkan semasa sesi temuduga aku disoal adakah aku mengandung, dan aku memang sejujurnya mengatakan aku tidak mengandung dan tak mungkin mengandung kerana setelah dua tahun menunggu , aku memang tidak mengandung.Aku diamkan saja hal ini untuk seketika.
Setelah pulang dari bekerja aku mendapati ada tanda merah kecoklatan pada seluar dalamku, seingat aku inilah tanda yang aku pernah alami ketika mengandug dahulu.Aku dan suami panic, kami memang menginginkan zuriat ini, tapi aku tak mungkin dapat berhenti kerja, kerana gaji suamiku belum mampu untuk menyara kami berdua dan bakal bertiga pula.Kami ke klinik yang berhampiran, kali ini doctor menyarankan aku untuk tidak bekerja seandainya aku mahu menyelamatkan kandungan kali ini. Kerana memang terbukti rahim ku lemah. Dan tempoh tiga bulan adalah tempoh yang paling perlu dijaga, ketika itu kandungan ku baru berusia lima minggu. Aku diberi cuti selama seminggu.

Kembali bekerja setelah cuti seminggu, majikan ku bertanya kenapa aku tak memaklumkan yang aku sedang hamil, dia mempersoalkan adakah aku mampu untuk mengharungi tempuh percubaan bekerja selama tiga bulan, aku menyatakan kesungguhan aku untuk bekerja ditempat terebut , namun aku mengharapkan agar diberi tugas-tugas ringan sepanjang awal tempoh kehamilan.Majikanku amat memahami keadaanku, lantas dia menyuruh agar aku diletakan bekerja ofis hours sepanjang 3 bulan.

Pernah sekali semasa bekerja aku merasakan ada cecair yang mengalir di seluar dalam ku, aku kira cuma keputihan biasa, maklumlah orang mengandung memang begitu.Namun semakin lama aku duduk, semakin aku rasakan umpama air yang mengalir, aku ke tanadas untuk membuang air kecil, alangkah terperanjatnya aku, apabila mendapati seluruh seluar dalamku telah pun dipenuhi darah merah yang sentiasa mengalir.Aku menjadi panic, aku maklumkan kepada rakan sekerja ku fazilah, ternyata dia juga panic, dia mencadangkan agar aku memaklumkan perkara ini kepada staff senior jika aku ingin menyelamatkan kandunganku.Aku setuju dengan cadangan fazi, aku meminta dia memaklumkan kepada staff senior lantaran aku sudah tidak dapat bergerak lagi,

Wah kelam kabut jadinya satu ofis, masing-masingbergegas membawa aku ke klinik berdekatan,.Doktor melakukan pemeriksaan ujian ultrabunyi untuk mempastikan keadaan kandunganku.Ternyata kandunganku masih disitu, namun dalam keadaan sedemikian aku diminta untuk tidak bekerja, lantas aku diberi cuti selama seminggu lagi.Masalahku mendapat perhatian pihak atasan, diatas budi bicara pihak atasan, mereka bersetuju untuk membenarkan aku mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan bagi memastikan kandungan ku stabil sepenuhnya.
Alhamdulillah, didalam tempoh itu aku dijaga rapi oleh suami ibu dan adik beradik yang lain.Maklumlah aku mengalami alahan yang teruk semasa hamil, muntah dan loya yang teruk. Aku juga paling alah pada bau-bauan, hinggakan aku tidak lagi menggunakan sabun badan mahupun syampu rambut sepanjang tempoh kehamilan.Aku amat berterima kasih kepada suami tercinta diatas kesabaran melayan aku, segala muntah aku, dia yang basuhkan, dimandikan dan apa saja yang terlintas dihati semua di penuhinya.Kandunganku menjadi stabil pada usia kandungan 10 minggu, tiada lagi pendarahan.Pada awalnya doctor mengesahkan terdapat dua karung bayi didalam rahimku, namun salah satu karung telahpun mengecil pada usia kandunganku 4 bulan.Patutlah aku mengalami alahan yang teruk, mengandung kembar rupanya, namun bukan rezeki aku kerana kembar tersebut tidak menjadi, tak mengapalah asalkan kandungan yang ada sihat walafiat.
Hari berganti hari kini tibalah kandunganku berusia 9 bulan, masih ku ingat tika itu aku amat meminati penyanyi Mawi yang semakin mendapat perhatian melalui program hiburan Akademi Fantasia, saban hari aku tak jemu –jemu mengikuti perkembanganyaa, Aku amat berharap, janganlah aku bersalin sebelum Malam Anugerah Juara lagu 2005, teringin benar nak tengok Mawi beraksi live mendendangkan lagu “Aduh saleha”
Malam Juara lagu yang dinantikan telah tiba, ketika kami sekeluarga sedang menyaksikan program tersebut, aku merasakan sakit pinggang yang amat sangat. Rasa macam takde pinggang pun ada. Namun aku diamkan sahaja kerana semua keluarga tengah asyik menikmati malam juara lagu 2005, kejap-kejap aku ke tandas bagi melegakan sakit pinggangku, kali ketiga aku ke tandas, ku lihat ada darah kecoklatan pada seluar dalam ku, binggung sekejap, inikah tanda kembar darah mengikut cerita orang tua.Aku memanggil ibu ke dapur, tika itu penyanyi Hazami sedang mendendangkan lagu “Katakanlah”, ku tunjukan seluar dalamku pada ibu,, ibu mengesahkan “dah kuar tanda ni”, bersiap sedialah.Alamak Mawi belum nyanyi lagi ni, nantilah dulu, lagipun tak rasa sakit lagi ni, Ibu diam sahaja.Aku merasa puas ketika mendengar nyanyian Mawi, saat itu baru aku rasakan kontraksi sakit bersalin, ibu membuatkan aku air teh yang dicampur dengan telur ayam kampung, untuk menambahkab tenaga bagi melahirkan anak nanti, “Akar Siti Fatimah” direndam, ternyata kembangnya memenuhi mangkuk, aku disuruh meminum air tersebut, kata ibu bagi memudahkan proses bersalin.Aku ikut saja petua ibu, memang itu yang ibu amalkan selama melahirkan 6 orang anak secara normal.
Selepas tamat Malam juara lagu, aku menyuruh semua orang masuk tidur, aku katakan aku masih boleh bertahan, tak perlu ke hospital seawal ini, kerana aku tak mahu semua orang panic, sebenarnya aku tak mahu mereka melihat aku menggung kesakitan kontraksi, memang sakit.Namun aku surrender jua akhirnya jam 2 pagi sakit ku datang selang 20 minit, aku maklumkan kepada ibu, ibu menasihati aku terus kehospital, kerana dihospital keadaan lebih selamat,Ibu mengarahkan aku dan suami keHospital selayang dulu, ibu akan menyusuli kemudian bagi memastikan adik2 semua ok kerana esok adalah hari isnin, semua adik-adikku harus pergi bekerja dan sekolah.
Di wad bersalin Hospital Selayang ku lihat ramai ibu-ibu sedang menantikan giliran masing-masing., Aku diperiksa oleh Doktor, Doktor menyatakan rahimku sudah terbuka sebanyak 3cm. Ha…baru 3cm aduh sakitnya Allah saja yang tahu.Aku menghubungi majikan ku pada jam 4pagi bagi memaklumkan aku sedang kontraksi sakit bersalin.Aku berjalan kehulu kehilir, bagi meredakan resah dan sakit ku.Melihatkan keadaanku yang tak reti nak duduk diam, doctor memanggil aku untuk memeriksa bukaan rahimku, ternyata baru 4cm, namun doctor terus memecahkan air ketubanku dan mengarahkan aku ke Labour room. Aku bertuah kerana suami ku sentiasa disisi pada saat-saat aku amat memerlukan kehadiranya.
Tepat jam 7 pagi jururawat memeriksa bukaan rahimku lagi, ha baru 6 cm, Ya Allah aku benar- benar tak terdaya nak menahan sakitnya bersalin, beginikah sakitnya yang ibu rasakan ketiaka hendak melahirkan aku dulu.Aku benar-benar insaf, namun menurut jururwat air ketubanku tidak pecah sepenuhnya, Itu menjadi penghalang untuk bayiku keluar, jururawat membantu aku untuk memecahkan lagi air ketuban itu,
Pada jam 9 pagi, sekali lagi jururawat memeriksa buakaan rahimku, ternyata baru 8 cm, pada tika ini aku memang sudah tak terdaya, dek kerana terlalu banyak sangat menghidu gas penahan kesakitan, aku menjadi lali dan ngantuk, aku katakana pada jururawat aku ngantuk dan tak terdaya nak meneran, terpulanglah kalu mereka membuat keputusan untuk melakukan pembedahan keatasku, ternyata jururawat amat memahami situasi aku, beliau seorang berbagsa India, Beliau menasihati agar aku banyak bersabar dan teruskan membaca ayat-ayat alquran, aku terharu dengan kata-kata jururawat tersebut, tanpa kusedari ku kucup tanganya.
Jam 1030 pagi aku memang sudah hilang toleransi, aku sudah tak hirau sama ada bukaan ku belum lagi mencapai kiraan 10cm, dengan kudrat yang ada aku terus meneran, namun kepala anak aku masih belum jua mahu keluar. Doktor dan Jururawat memberi kata perangsang, “cuba lagi puan dah Nampak rambut ni, sayang kalu puan berhenti”.Suamiku berdiri di bahagian kakiku, beliau juga berikan semangat, “cepat sayang anak kita dah nak keluar tu”.Ku genggamkaki ku kedua-dua belah bahagian, ku tarik nafas sedalam-dalamnya, dengan lafaz Bismillah aku cuba sedaya upaya, nah Berjaya jua aku akhirnya.
Doktor mengangkat dan menunjukan jantina bayi kepada ku, tergamam sebentar kami suami isteri, kerana sepanjang aku menjalani ujian ultrabunyi aku difahamkan anak ku lelaki, namun yang ada dihadapanku adalah bayi perempuan, aku dan suami terdiam.Dua kali jururawat mengulangi soalan “Sila sebut jantina anak puan” akhirnya aku menjawab “perempuan”.Alhamdulillah tepat jam 1113 pagi bersamaan hari isnin 06 February 2006, lahirlah anak sulungku seberat 3.08kg.Setelah ditampar dua kali oleh jururawat barulah bayiku mula menangis…fuh lega.
Namun aku menghadapi sedikit masalah kerana uriku belum mahu keluar setelah 45min diberi masa.Aku amat risau sekali, ku minta ampun kepada suamiku seandainya ada perbuatan dan perkataan aku yang menyakiti hatinya.Aku meminta suamiku menghubungi ibu, aku khabarkan pada ibu yang aku telah selamat melahirkan bayi perempuan, namun aku menghadapi masalah kerana uriku masih tidak mahu keluar.Ternyata ibu amat terkejut, aku pohon ampun kepada ibu, dan meminta ibu mendoakan keselamatanku, ibu bimbang aku mengikuti jejak langkah arwah opah yang meninggal kerana uri tersekat ketika melahirkan anak Akhirnya doctor megambil langkah untuk menyeluk rahimku bagi mengeluarkan uri.Ya Allah peritnya , tak dapat nak ku gambarkan, amat trauma aku sekali.Namun aku bersyukur segalanya selamat, tanpa sebarang komplikasi.
Dan kini bayi ku telah pun berusia dua tahun tujuh bulan, Bayi itu aku namakan Nursharmin Imannina.Amat aktif dan bijak sekali. Aku bersyukur kepada Allah atas zuriat yang diberikan, tak tergambar bertapa bahagianya aku dan suami setelah kedatangan Imannina. Buat jururawat yang membantu proses bersalinku.Jutaan terima kasih ku ucapkan, begitu juga buat doctor dan kakitangan jururawat Hospital Selayang yang bertugas pada 2 feb 2006. terima kasih diatasa jasa baik kalian.
Buat Imanninna inilah janji ummi, untuk merakamkan detik kedatangan mu kedunia ini dalam majalah PaMa.Semoga kau membesar dengan gembira, pintar dan cerdas

Ini Permulaannya


hari ini lah bermulanya,,,kisah aku melayari dunia blog.  walaupun tak punya sebegitu banyak masa untuk melakar coretan, namun aku tetap juga ingin merasa keindahan dunia blog.

Segalanya bermula apabila aku melahirkan anak keduaku nursharmin insyirah pada 30 jul 2010.  sebelum kelahiranya aku berazam untuk meyusukanya secara eksklusif selama 6 bulan.  disinila bermulanya aku berjinak2 membaca tentang susuibu di merata2 blog. dan akhirnya aku membuat keputusan untuk memiliki blog sendiri.

dan kini aku berhasrat untuk menyusukan anakku secara eksklusif selama 2 tahun. semoga niat ku ini di berkati dan dipermudahkan Allah. Amin

Puisi: Gila Dalam Siuman

puisi gila dalam siuman


hari semalam telah berlalu
tidak akan kembali lagi
hari esok akan tiba 
dengan penuh cahaya 
dan harapan 
hanya untuk mereka
yang tabah dan gagah
bukan untuk yang lemah lesu dan layu

hari esok pasti menjelma
membawa berita
cahaya gembira
penuh keriangan
kepada yang ingin berjaya
berfikir biar berisi
bukan mengelamun yang tak pasti
allah menjadikan insan
insan dan tumbuhan
hanya untuk yang berusaha
bukan yang menyerah semata
hidup ibarat tauladan
yang buruk dibuang
yang baik dikekalkan
dalam hidup tiada putus asa
dan dalam putus asa tiada hidup
kita dijadikan insan
insan menulis dan membaca
tiada beza sesama kita
semua insan makhluk mulia
kita boleh merendah
tetapi tidak wajar dihina
kerana kita semua sama
Allah hanya menyuruh
adil ihsan dan sederhana

Makna Seorang TEMAN



T E M A N
Bagiku teman itu ibarat sebatang kunci emas,
warna dan kilauanya begitu memukau pandangan
aku boleh jadi panasaran tanpanya disisiku
Namun
adakah temanku mengerti erti persahabatan ini
nilai yang aku wartakan antara aku dan dia
kerana
aku acapkali tidak mengerti
mengapa temanku itu begitu perahsia
dia tidak sepertiku yang terlalu terbuka
adakah aku begitu memaksa?
Namun teman
Terima kasih kerana kau hadir dalam diriku
Menemaniku ketika aku kesunyian dan keseorangan
Aku harus belajar menerima hakikat
Hidup kita tidak seperti dulu lagi
Masing2 mempunyai hala tuju dan visi yang berbeza
Walau apa jua keadaanya
Ku harapkan moga kau sejahtera dan bahagia